Anda tidak dapat balik beraya di kampung tahun ini? Jangan terlalu bersedih. Ikuti perkongsian ini untuk kurangkan rasa kesedihan di hati. alert-success


Musim perayaan bakal kunjung tiba tetapi anda tidak dapat balik ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga kerana pelbagai sebab seperti jarak, pekerjaan, atau kewangan. 


Apa nak buat ni.. Rindu sangat pada keluarga di kampung!



Berikut adalah 7 cara yang boleh membantu anda melepaskan rindu pada keluarga tercinta ketika tidak dapat balik beraya di kampung.


Video Call atau Telefon

Teknologi semakin maju, anda boleh berhubung dengan keluarga menerusi panggilan video atau telefon. Ini adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk berhubung dengan mereka.


Hantarkan Hadiah

Hantarkan KFC kepada keluarga sebagai tanda kasih sayang dan rindu anda kepada mereka. Ingat KFC ingat I.


Update Akaun Sosial Media Keluarga

Aktifkan bertanya tentang aktiviti ahli keluarga di group whatsapp bagi mengetahui keadaan terkini keluarga.


Buat Video Kenangan Keluarga

Kumpulkan gambar-gambar keluarga dan buatkan video kenangan bersama. Anda boleh menontonnya semasa merindui keluarga.


Lakukan Aktiviti Bersama Rakan

Lakukan aktiviti bersama rakan yang berada di tempat yang sama. Anda boleh mengunjungi tempat-tempat menarik, makan bersama atau meluangkan masa hobi bersama.


Repeat Balik Kampung

Buat perancangan awal untuk balik ke kampung. Raya kan sebulan. Tidak dapat bercuti sepanjang syawal? Tak mengapa. 


Plan awal untuk perayaan tahun hadapan. Ini dapat membantu mengurangkan rasa rindu dan memberikan harapan bahawa anda akan dapat berada bersama keluarga suatu hari nanti.


Tetap Bersyukur

Teruskan bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang disayangi dan mendapat kasih sayang daripada mereka. Ingatlah bahawa rindu ini hanya sementara dan akan berakhir suatu hari nanti.


Menghadapi rindu keluarga ketika tidak dapat balik ke kampung memang sukar tetapi dengan cara-cara yang disebutkan di atas, ia dapat membantu mengurangkan rasa rindu dan memberikan semangat untuk terus berhubung dan bersama-sama dengan keluarga.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama