Intermittent fasting merupakan teknik terbaik untuk train diri menghadapi bulan ramadhan. Ikut artikel ringkas ini tentang tips persediaan ramadhan. alert-success

hidangan madu dan kurma untuk berbuka puasa


Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa. Tinggal 51 hari je lagi. So sebagai persediaan diri nak menghadapi bulan paling bermakna bagi umat islam untuk berpuasa kena la bersiap sedia lebih awal kan.


Sebelum itu suka saya kongsikan maksud intermittent fasting bagi baru yang nak mengenali teknik berpuasa ini.


Intermittent Fasting


Actually, intermittent fasting (IF) ni merupakan aktiviti berpuasa yang mempunyai jangka masa tertentu. Senang cerita, puasa makan selang seli. Anda makan dan berpuasa pada nisbah jam yang dinginkan.


Sebagai contoh


IF 16/8 (puasa 16 jam, makan 8 jam) atau IF 5:2 (makan 5 hari, puasa 2 hari), dan nisbah-nisbah lain yang available. Cara paling mudah untuk start adalah 16/8. Katakan last meal anda pada jam 7 malam. Lepas jam 7 tu terus berpuasa sehingga jam 11 pagi. Then anda boleh makan macam biasa untuk lunch dan minum petang. Ingat, jam 7 malam dah boleh stop ok!


Ketika membuat IF, anda hanya berpuasa makan. But still boleh minum air masak atau air kosong. Air manis tak aci. Tapi kalau tak ambil langsung lagi bagus.


So harapnya boleh faham la ye serba sedikit basic info tentang intermittent fasting ni. Seterusnya jom saya kongsikan perkongsian dari seorang sahabat media sosial tentang cara nak buat IF (intermittent fasting) untuk siapkan diri untuk Ramadhan supaya waktu puasa tak rasa teruk.


Tips ni sesuai bagi mereka yang masih tak tahu macam mana nak buat Intermittent Fasting.


  1. Mulakan dengan stop makan pukul 7 malam. Apa pun jangan makan. Minum air kosong ja. Kopi O teh O walau tanpa gula pun jangan minum.

  2. Kalau takut gastrik, setengah jam sebelum tidur, bancuh 2 sudu Apple Cider Vinegar (With Mother, pati dia) dalam segelas air kosong kecik. Minum.

  3. Tidur at least pukul 10.30 malam. Dapatkan tidur yang cukup at least 7 jam.

  4. Pagi esoknya, cuba bertahan jangan makan pagi. Minum air kosong sehingga at least pukul 8. Breakfast dengan sekurang kurangnya 3 biji telur. Lunch cara Lazy Keto, makan lauk dengan sayuran atas tanah saja. Kalau tak tahan Keto, buat suku suku separuh.

  5. Dinner sebelum pukul 7 petang, makan SEPARUH dari apa yang dimakan semasa tengah hari. Repeat.

  6. Tinggalkan air gula dan SEMUA makanan fast food/junk food dalam journey anda ni.


Kesimpulan


Persiapan awal amat perlu bagi menghadapi bulan ramadhan. Al-maklumlah, setelah 11 bulan tidak berpuasa, badan perlu mengadaptasi perut yang kosong selama 30 hari. 


Dengan persiapan ini diharapkan agar kita dapat berpuasa dengan sihat dan mendapatkan kebaikan yang maksimum daripada amalan ini.


Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat untuk kita semua untuk mula belajar intermittent fasting. Semoga bermanfaat!


Sumber: Azril Nizam Jamaludin

Post a Comment

Terbaru Lebih lama