Hati mana yang tak rasa sedih dan terkejut bila mendengar berita tentang anak-anak kecil yang meninggal sebab tertinggal dalam kereta kan? Ni ada lagi kes terbaru. Believe it or not, kejadian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya jika mereka terlupa, tergesa-gesa, atau mengalami perubahan rutin harian. Anak-anak syurga yang tertinggal dalam kereta yang terkunci boleh mengalami strok haba, dehidrasi, atau kecederaan lain yang boleh membahayakan nyawa mereka.


Untuk mengelakkan tragedi ini dari berlaku, kita sebagai ibu ayah perlu ambil tindakan proaktif dengan mencuba pelbagai alternatif bagi keselamatan anak. Antaranya dengan memasang "safety device" yang boleh mengingatkan kita tentang kehadiran anak dalam kereta especially di tempat duduk belakang. Alat-alat ini mampu membantu ibu ayah mengurangkan risiko kegagalan kognitif, iaitu keadaan di mana kadang kala ibu ayah tidak sedar atau terlupa tentang sesuatu yang penting.


Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 6 tips keselamatan cara nak elak tertinggal anak dalam kereta dengan mengetengahkan beberapa inisiatif proaktif yang boleh ibu ayah gunakan untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Jom check this out:


1. Cermin keselamatan seat belakang

Ini bukan cermin pandang belakang yang kita biasa guna tu ye ibu ayah. Ini adalah cermin keselamatan tambahan yang kita pasang di dalam kereta untuk halakan pandangan kepada si anak. So basically tiada penambahan apa-apa pada bahagian pemandu. Hanya ada cermin tambahan  yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang. Lihat contoh cermin seperti gambar di bawah.



Dengan memasang cermin keselamatan ini, ibu ayah dapat nampak terus kedudukan hanya dengan memandang cermin pandang belakang yang biasa dan secara tak langsung membantu ibu ayah untuk lebih peka akan kehadiran anak di belakang.


2. Sensorsafe


SensorSafe adalah klip pintar yang berfungsi macam buckle di baby carseat. Just perlu attach sensorsafe pada sistem tali pinggang baby carseat dan ia akan menghantar amaran keselamatan terus ke telefon apabila dalam situasi kritikal jika anak ditinggalkan di dalam kereta.





Ini antara "safety device" yang menggunakan latest teknologi dan mengintegrasikan dengan aplikasi di telefon bimbit ibu ayah cuma harganya agak pricy. Sebelum decide untuk membeli, make sure ibu ayah check phone compatibility di sini. Honestly, sensorsafe ni agak convenient untuk pengguna zaman sekarang. Kalau ibu ayah terus keluar, tak unbuckle sensor clip ni, dia akan trigger sensor dan terus dapat alert. Boleh lawati website rasmi sensorsafe untuk ketahui lebih lanjut tentang sensorsafe atau boleh tonton video ni.


3. Skrin Monitor Kereta


Ibu ayah juga boleh consider untuk pasang baby car monitor ni dalam kereta di bahagian dashboard kenderaan. Dengan skrin ini, ibu ayah boleh monitor terus dari skrin sebab ia didatangkan dengan camera yang dipasang pada head rest. So tak perlu nak memalingkan kepala untuk monitor anak ketika memandu.



Proses nak installation pun agak mudah. Just sambungkan kabel dan cucuk pada tempat bakar rokok. Jika para ibu tak tahu nak install sendiri, boleh minta pertolongan ayah yang gagah perkasa. 


4. Mainan Anak


Ibu ayah juga boleh menggunakan permainan anak-anak sebagai kaedah untuk remind yang baby ada di belakang. Contohnya, jika ada permainan yang berbunyi apabila bergerak, sangkut atau letak di bahagian belakang kerusi.




Selain itu, boleh juga menggunakan anak patung yang warnanya agak terang dan bersaiz besar. Dengan kehadiran anak patung ini, ia berfungsi sebagai peringatan bahawa anak ada di dalam kereta. 


5. Barang Penting


Antara barang penting yang paling efektif dan berkesan untuk digunakan adalah handbag bagi para ibu dan kasut bagi para ayah. Cadangan ini tidaklah begitu "strict". Ayah ibu boleh decide barang penting apa yang sesuai untuk diletakkan di bahagian belakang.


6. Slap Bracelet


Ibu ayah juga boleh menggunakan slap band atau bracelet comel ni untuk remind yang ada baby di belakang. Bagaimana caranya? Ibu ayah hanya perlu pakai pada pergelangan tangan ketika memandu. Ibu ayah akan sentiasa nampak gelang comel ni di steering dan ingat bahawasanya ada baby tersayang duduk di belakang.



Jika terlupa, saya percaya tentu ada rakan-rakan office yang akan bertanyakan tentang gelang sebab ianya tersangatlah comel. Then realize BABY!


Terdapat lagi kaedah-kaedah lain yang boleh diamalkan oleh ibu ayah. Contohnya dengan mengaktifkan "Child Reminder" dalam aplikasi Waze. Ibu ayah just perlu pergi bahagian setting, pilih, reminder dan child reminder. Waze akan mengingatkan ibu ayah sejurus sampai destinasi. Walaubagaimanapun, saya secara peribadi beranggapan cara ini tidak beberapa praktikal kerana aktiviti ini bukan rutin yang ibu ayah lakukan setiap hari. Kemungkinan terlupa untuk setup ini juga amat tinggi.


Tips tambahan

  1. Elakkan letak car seat di bahagian belakang
  2. Jadikan rutin check seat belakang sebelum beredar keluar dari kereta
  3. Letak beg susu anak di sebelah seat pemandu
  4. Letak handbag di seat belakang
  5. Create general reminder. Ibu ayah tahu biasanya jam berapa akan sampai ke office. Tulis nota "dah ambil anak di seat belakang?" pada reminder untuk sentiasa alert.


Kesimpulan

Itulah antara 6 tips keselamatan yang boleh ibu ayah amalkan bagi mengelakkan risiko anak tertinggal dalam kereta. Dengan mengaplikasikan salah satu dari yang dicadangkan boleh mengurangkan risiko kegagalan kognitif dan meningkatkan kesedaran ibu ayah tentang kehadiran anak di dalam kereta. Ibu ayah boleh juga menggabungkan beberapa tips yang dikongsikan bagi meningkatkan keberkesanan dan keyakinan atas usaha ini.


Sebagai pasangan, ibu ayah haruslah sentiasa remind each other apabila berlakunya perubahan rutin berkaitan pengurusan atau pengiliran melibatkan anak. Komunikasi yang baik dapat menghindari dari perkara yang tidak di ingini. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.


Kongsikan tips ini jika difikirkan bermanfaat. Semoga ibu ayah terus peka dan kita doa-doakan agar tiada lagi kes-kes bayi atau kanak-kanak kecil meninggal dunia akibat tertinggal di dalam kereta. Terima kasih.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama