Saya percaya ramai pernah mendengar tentang ShopBack Malaysia. Tapi masih belum ramai yang tahu cara nak guna platform ni untuk dapatkan cashback dan berjimat.

Bagi anda yang masih baru dan baru kenal dengan ShopBack ni, jangan risau. Dalam artikel ni saya akan kongsikan serba sedikit tentang ShopBack dan cara guna ShopBack step by step. Check this out!

ShopBack Malaysia

ShopBack adalah platform yang membolehkan anda untuk mendapatkan ganjaran tunai atau cashback semasa membuat pembelian secara online. Dengan menggunakan ShopBack, anda dapat Cashback apabila shopping melalui platform ni.

ShopBack ni ada jalankan kerjasama dengan lebih daripada 500 online vendor termasuklah Shopee, Lazada, Foodpand, Grab, Klook, Malaysia Airlines dan banyak lagi.

Dalam app ShopBack ni, ada banyak kategori pilihan seperti travel, fesyen, kesihatan dan kecantikan, makanan dan barangan runcit, elektronik dan perkakasan, rumah dan lifestyle. So anda ada banyak pilihan dan peluang nak dapatkan Cashback masa shopping online.

Dengan ShopBack, anda tak ralat sangat nak shopping sebab anda tahu sebahagian duit yang anda spent tu akan masuk balik ke akaun ShopBack anda dan boleh ditransfer ke akaun bank masing-masing. So apa tunggu lagi, jom daftar akaun cashback sekarang.

Daftar akaun ShopBack

Untuk makluman, pendaftaran akaun ShopBack ni percuma je. Anda hanya perlu ada no phone yang aktif. On now, untuk mendaftar akaun ShopBack, anda hanya perlu follow je langkah-langkah berikut:

1. Anda klik sini untuk ke website rasmi ShopBack. Nanti akan keluar paparan macam ni


Note: Link di atas adalah link referral. Jika anda sign up guna link tersebut, anda akan dapat RM10 ke akaun ShopBack yang baru di daftarkan.


2. Bila paparan macam ni keluar, isi kan nombor telefon anda yang aktif.


Seterusnya isi segala maklumat yang diperlukan dan akaun anda dah pun siap untuk digunakan. Once dah siap daftar, boleh la explore category atau vendor-vendor yang ada kat dalam tu. Kalau anda suka guna app, boleh download di Google Play Store.

Setel daftar ShopBack!

ShopBack Login 

Senang je nak login ShopBack ni. Anda boleh guna phone, email atau facebook. Ikut mana yang anda selesa nak guna.



Muka hadapan ShopBack (Mobile)

Berikut merupakan paparan hadapan akaun Shopback. Bagi yang baru, anda belum ada lagi jumlah cashback yang anda dapat. Nanti bila dah biasa guna, nilai RM tu akan dipaparkan di bahagian hadapan ni. Then explore la kategori yang ada.



ShopBack Promo Code

Selain anda shopping direct terus ke vendor-vendor pilihan seperti Foodpanda or Grab, ShopBack juga ada offer voucher. Voucher ni pun salah satu method untuk berjimat. Contohnya anda boleh beli voucher grab bernilai RM20 dengan harga RM19 dan banyak lagi.

Nanti bila dah beli, ShopBack akan bagi promo code dan ia akan disimpan ke dalam akaun ShopBack anda. Bila nak guna, just redeem sahaja. Simple kan.

Panduan Cara Guna ShopBack

Ok. Ini part yang paling ditunggu-tunggu kan? Cara guna ShopBack. Apa yang saya kongsikan ni based on experience saya guna aplikasi ShopBack sehari harian. So anda just follow je insyaAllah nanti ada la notification cashback dari ShopBack.

1. Download ShopBack App

Saya prefer guna app sebab zaman sekarang ni kita banyak shopping online guna phone je kan. Untuk download, anda boleh klik je link google play store yang saya ada kongsikan di awal-awal artikel ni. 

2. Buka dan login Akaun ShopBack

Once dah install, open dan login akaun anda macam biasa. Then explore lah vendor yang anda nak shopping. Macam saya, setiap kali nak order grab, food panda, or even booking hotel kat Agoda, saya akan buka app ShopBack dulu.

3. Pilih vendor dan beli

Contohnya anda nak beli something kat Shopee. So anda klik app ShopBack. Then search Shopee dalam tu. Lepas dah nampak logo Shopee, anda just perlu klik je logo tu. Nanti ShopBack akan redirect anda terus ke laman rasmi Shopee.

Maksud kat sini, anda tak buka akaun Shopee awal-awal. Anda buka ShopBack, nanti dia sendiri yang hantar urusan anda ke Shopee. Kira ShopBack ni macam orang tengah.

Untuk melayakkan anda dapat cashback, mesti kena melalui cara ini dan berlakunya transaksi online. Kalau anda buka app Shopee dan shopping terus, tak akan dapat cashback.

Boleh faham tak?


Cara Biasa
Shopee --> Beli barang --> Dapat Barang

Cara ShopBack
ShopBack --> Shopee --> Beli barang --> Dapat Barang + Cashback alert-success


Nilai Cashback

Setiap kali pembelian atau transaksi berjaya, sebahagian percentage akan dipulangkan semula kepada akaun ShopBack anda. Percentage ini berbeza-beza mengikut platform yang anda gunakan. Ada yang percentage cashback rendah dan ada yang tinggi hingga 30%. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan cashback yang lumayan.

Contohnya, anda beli kasut Nike berharga RM400 dengan cashback 6%. Maka, duit anda akan dipulangkan sebanyak RM24. Macam tu je. Berikut adalah contoh transaksi terkini selepas menggunakan ShopBack.


Selain itu, dalam aplikasi ShopBack, ada banyak lagi platform online shopping yang support denganShopBack. Contohnya fave (dulu Groupon), booking.com (boleh dapat cashback 6% tau!), foodpanda, Malaysia Airlines (MAS), Expedia, Senheng, Shopee, dan banyak lagi. anda boleh tengok sendiri di dalam ShopBack app.

ShopBack Customer Service

Saya personally belum pernah hadapai sebarang masalah dengan ShopBack. But jika anda ada sebarang masalah dengan akaun ShopBack, boleh je chat dengan customer service mereka atau communicate melalui twitter ShopBack.

Daftar ShopBack Sekarang

Jadi, apa tunggu lagi? Jom join dari jutaan pengguna yang bijak dengan memanfaatkan ShopBack Malaysia sebaiknya. Dapatkan keistimewaan eksklusif, promo code, dan jimat sehingga ke tahap maksimum! Jangan lupa. Cashback!


Anda ada nak tanya apa-apa? Tulis persoalan anda di ruang komen. Saya akan respon sekadar yang saya tahu. Terima kasih!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama