Korang dah bayar zakat fitrah ke blom? Ape belum? Serius ah! Apa yang
membuatkan korang blom laksanakan kewajiban penting umat Islam ni lagi? Cer citer. alert-warning
Basically, Zakat Fitrah ni salah satu ibadah wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap Muslim yang berkemampuan. Zakat fitrah ni macam salah satu kaedah "pembersihan diri" yang Allah fardhukan kepada setiap individu Islam, lelaki or perempuan, dengan syarat yang dah ditetapkan. Jom kita check out serba sedikit tentang zakat fitrah.
![]() |
Kredit: Syok |
Maksud Sebenar Zakat Fitrah Yang Ramai Tak Faham
Nak tau apa itu Zakat Fitrah? Actually ia adalah zakat diri - satu bentuk pembersihan jiwa lepas sebulan berpuasa. Bayangkan lepas kita berjaya melawan nafsu time ramadhan, zakat fitrah ni akan pastikan ibadah puasa kita lengkap dan sempurna.
Beza dengan zakat harta, Zakat Fitrah mesti dibayar oleh setiap Muslim tak kira umur atau status. Kanak-kanak pun wajib dikeluarkan zakat oleh penjaga mereka. Power kan? Semua ada bahagian tanpa terkecuali.
Siapa dan Bila Wajib Bayar Zakat Fitrah?
Macam admin cakap sebelum ni, Islam dah tentukan syarat-syarat yang mesti individu muslim tu kena fulfil. Antara syarat-syarat wajib bayar zakat fitrah:
- Ada lebihan makanan atau harta melebihi keperluan diri sendiri dan tanggungan pada malam dan pagi hari raya
- Bagi bayi yang baru lahir, dia mesti lahir sebelum matahari terbenam pada akhir Ramadhan dan masih hidup selepas matahari terbenam
- Bagi saudara baru, mereka mesti memeluk Islam sebelum matahari terbenam pada akhir Ramadhan dan kekal dalam Islam
- Seseorang yang meninggal dunia selepas matahari terbenam pada akhir Ramadhan juga wajib dikeluarkan zakatnya
Kalau korang takde apa yang syarat mentioned, tak wajib bayar zakat fitrah.
Cara Bayar Zakat Fitrah - Ikut Sunnah Rasulullah SAW
Rasulullah SAW dah tetapkan cara macam mana nak bayar Zakat Fitrah. Masa zaman Baginda, orang bayar guna makanan asas, bukan duit macam kita selalu buat sekarang.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry, Rasulullah SAW bersabda:
"…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"
(Hadis riwayat Muslim)
Zaman sekarang kita bayar ikut nilai semasa. Korang tak perlu susah-susah bawa beras pergi masjid, boleh je bayar dengan duit hehehe..
Masa Terbaik Untuk Tunai Zakat Fitrah
Masa bayar Zakat Fitrah ni ada 5 kategori. Nak tau bila masa terbaik? Check ni:
- Waktu Wajib - Bermula dari matahari terbenam pada akhir Ramadhan sampai matahari terbit pada 1 Syawal.
- Waktu Afdal (paling bagus) - Sebelum solat Hari Raya. Kalau korang bayar masa ni, pahala lagi banyak!
- Waktu Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan. Sebenarnya, ramai yang dah mula bayar dari awal Ramadhan. Cara ni senang, jangan tunggu last minute!
- Waktu Makruh - Lepas solat Hari Raya sampai matahari terbenam pada 1 Syawal. Masih boleh bayar tapi dah tak best sangat.
- Waktu Haram - Lepas matahari terbenam pada 1 Syawal. Kalau korang bayar masa ni, zakat masih perlu dibayar tapi ada dosa sebab lambat bayar.
Tapi kan kenapa bayar awal lagi bagus? Sebab amil-amil (orang yang kutip zakat) boleh agihkan zakat tu kepada yang memerlukan sebelum hari raya. Bayanglah betapa happynya mereka dapat sambut raya dengan serba cukup?
Pengiraan Zakat Fitrah: Cara Mudah
Nak kira berapa sebenarnya korang perlu bayar? Formula dia simple:Jumlah Zakat = Kadar zakat per orang × Jumlah tanggungan
Contohnya, kalau di negeri korang kadar zakat RM7 per orang, dan korang ada 5 orang dalam keluarga (termasuk diri sendiri), maka: RM7 × 5 = RM35 alert-warning
Itu je jumlah yang korang perlu bayar. Senang, kan? Sekarang korang dh boleh bayar zakat fitrah secara online. Korang boleh klik sini untuk bayar.
Jom Sama-Sama Tunaikan Kewajipan Zakat Fitrah
Again, Zakat Fitrah adalah lambang kesempurnaan ibadah puasa kita. Jangan anggap remeh walaupun nilainya kecil sebab hikmah dan keberkatan disebaliknya sangat besar. Jom kita sama-sama tunaikan Zakat Fitrah sebelum solat Hari Raya untuk dapatkan ganjaran yang maksimum.
Selamat Hari Raya!
Post a Comment