Kenali 10 individu terkaya di dunia, seorang daripadanya wanita BILA sebut sahaja individu terkaya, sudah pasti menginspirasikan sesiapa sahaja.
Apakah pula bidang perniagaan yang mereka ceburi sehingga dapat mengumpul kekayaan sehingga berbillion ringgit?
1. Bernard Arnault
Nama yang tidak asing lagi dalam industri barangan mewah, Bernard Arnault merupakan pengarah eksekutif bagi syarikat gergasi Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH).
Mengungguli carta sebagai manusia terkaya di dunia dengan mencatatkan kekayaan sehingga RM 907 billion, syarikat milik Arnault memegang sehingga 70 jenama mewah termasuk Louis Vuitton, Christian Dior, Marc Jacobs, Sephora, Celine dan Fendi.
2. Elon Musk
Walaupun Tesla rugi kira-kira 200 billion sejak November 2021, Elon Musk maintain pada kedudukan manusia kedua terkaya di dunia dengan nilai kekayaan berjumlah RM 632 billion.
Merupakan CEO syarikat pembinaan roket kapal angkasa untuk NASA, Space Exploration Technologies (SpaceX).
3. Gautam Adani
Sumber kekayaan beliau adalah daripada 6 syarikat gergasi India iaitu Adani Enterprises, Adani Power, Adani Transmissions, Adani Ports & Special Economic Zone, Adani Green Energy dan Adani Total Gas.
4. Jeff Bezos
Walaupun Amazon start sebagai kedai buku online, sekarang berkembang menjadi e-commerce pelbagai produk ke serata dunia.
5. Larry Ellison
Beliau juga pernah menganggotai lembaga pengarah Tesla namun sudah meletakkan jawatan pada tahun 2022.
6. Warren Buffet
Syarikat gergasi tersebut juga terkenal sebagai pemilik bagi 60 syarikat lain antaranya GEICO, Duracell, dan Dairy Queen.
Warren Buffet juga merupakan ikon bagi industri pelaburan sehingga digelar sebagai Oracle of Omaha kerana komuniti pelaburan sering memandang beliau sebagai role model yang disegani dalam bidang tersebut.
7. Bill Gates
Founder syarikat perisian komputer terbesar dunia iaitu Microsoft, tercatat sebagai orang ketujuh terkaya dunia dengan kekayaan sebanyak RM 449 billion.
Walaupun terkenal sebagai pengasas Microsoft, Bil Gates meraih sebahagian besar daripada kekayaannya daripada syarikat Cascade Investment LLC, iaitu sebuah syarikat pengoperasian, jentera berat dan pengangkutan.
8. Carlos Slim Helú
Beliau merupakan individu terkaya di Mexico dengan memilik kekayaan sebanyak RM 389 billion. Keluarga Helú memiliki América Móvil, sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di kawasan Amerika Latin.
Beliau juga memegang stok penting dalam pelbagai industri seperti pembinaan, galian, hartanah serta media. Keluarga Helú juga merupakan sebahagian penting bagi konglomerat terbesar Amerika Latin iaitu Grupo Carso.
9. Mukesh Ambani
Merupakan jutawan yang cukup disegani dari India dengan nilai kekayaan mencecah RM 383 billion. Beliau merupakan Pengarah Urusan dan Pengerusi bagi Reliance Industries, sebuah syarikat penapisan minyak terbesar dunia.
Selain itu, syarikat ini juga terlibat dengan pengoperasian petrokimia, peruncitan dan media. Beliau juga memiliki Antilia, sebuah kompleks hartanah di Mumbai yang bernilai RM 1.77 billion.
Pada tahun 2016, Ambani melancarkan jaringan telefon 4G di serata India dengan pendaftaran lebih daripada 420 juta pengguna.
10. Françoise Bettencourt Meyers
Cucu kepada founder jenama kosmetik terkenal L’Oreal dinobatkan sebagai wanita terkaya di dunia.
Walaupun dunia dilanda pandemik, syarikat ini masih berjaya mencatat hasil jualan sehingga 152.8 billion pada tahun 2021.
Kesimpulan
Semua billionaire ini adalah pemegang saham besar dalam syarikat yang dipimpin. Mereka juga memainkan peranan penting dalam syarikat bertaraf global seperti Tesla, L’Oreal, Microsoft dan Louis Vuitton.
Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat bagi anda yang merancang ingin berkecimpung dalam bidang entrepreneurship.
Sumber : Forbes, RTM










Post a Comment